Friday, April 18, 2008

Tentang Diriku


3 Ogos 1974 - Tanggal tarikh tersebut aku dilahirkan di Kg Kelompang, Mukim Jerlun, Kubang Pasu Kedah pada hari Sabtu waktu subuh hujan turun dengan lebatnya. Di langit kilat sabung menyabung dan aku disambut oleh nenek tiriku seorang bidan.

1980 - Aku tak ke tadika atau mana-mana taman asuhan. Cuma ayahku yang mentadikakan aku.

1981 - Aku masuk sekolah rendah di SK Jerlun. Lebih kurang 2km dari rumahku. Di situ aku mula mengenal huruf, mengeja, membaca dan mengira secara merangkak-rangkak dimana aku ditempatkan di kelas 1C iaitu kelas yang paling hujung. Aku masih ingat guru kelasku waktu itu ialah Cikgu Mat Hassan. Beliau sangat garang..semua murid takut kat dia sebab dia boroi..katanya dia makan budak. Sekarang Cikgu Mat Hassan sudah menjadi tauke pam minyak Petronas dan berjaya menjadi usahawan yang berjaya...tahniah cikgu.

1982 - Aku dimasukkan ke kelas 2B mungkin prestasi aku agak elok sikit. Lagi pun cikgu yang mengajar aku itu orang kampung aku jadi dia bagi perhatian sikit. Nama cikgu tersebut Cikgu Ariffin bin Osman. Dengar cerita dia dah pencen daripada IPDA. Aku respek sama dia sebab dia selalu speaking ngan cikgu2 lain..waktu tu aku langsung tak faham.

1983 - Result aku bertambah baik dan dinaikkan ke kelas 3A. Waktu tu cikgu yang mengajar aku ialah Cikgu Lah...orang panggil cikgu Lah Uban sebab rambutnya penuh uban. Aku sangat sanjung cikgu ni sebab dia tegas, suka makan hacks, pandai mengajar dan tulisan dia sangat cantik.



1984 - Sekarang aku dah masuk darjah 4A. Cikgu kelas aku namanya cikgu Latif...dengar cerita beliau dah meninggal dunia. Innalillah. Waktu tu aku suka sangat pi sekolah. Mak ayah aku belum bangun tidoq aku dah siap nak pi sekolah..naik gerek pi sekolah. Banyak pengalaman naik gerek ni..selalunya setiap pagi lalu depan kilang Cina mesti kena ligan dengan anjing. Biasanya aku spare batu...



1985 - Tahun yg tak dapat dilupakan kerana ada Penilaian Darjah 5. Aku belajar dalam kelas 5A, Cikgu kelas aku ialah Cikgu Mahathir B Mohamad..Dia antara cikgu yg paling aku hormat. Jasa baik beliau Allah saja yg dapat membalasnya.. Sejak tahun 1983 result aku dah maintain tak nombor 2 atau 3 saja. Sebenarnya aku ni bukanlah dikira calon 5A...tetapi alhamdulillah aku berjaya dapat 5A dan orang yg patut dapat 5A tak dapat (rezekinya bukan waktu itu). Pada tahun tersebut 2 orang dapat 5A, aku dan Fatimah Natrah..Oleh sebab seorang lelaki seorang perempuan ramai yg dok usik2 aku. Waktu tu aku mana la pandai main-main cinta..aku ni cukup pemalu bukan macam budak sekarang ni. Oleh sebab dapat 5A banyak hadiah yang aku terima...pengalaman paling manis hadiah aku disampaikan oleh Dato' Seri Sanusi Junid dan beliau mengambil aku sebagai anak angkatnya. Waktu tu beliau Menteri Pembangunan Luar Bandar...diberitahu ayah aku menitis air mata kerana tidak sangka aku dapat 5A dan memecah rekod sekolah SK Jerlun kerana belum pernah ada mana2 murid yang dapat 5A sejak sekolah itu ditubuhkan.





1986 - Sekarang dah jadi otai...tahun honeymoon. Antara kenangan dulu-dulu yg aku masih ingat banyak budak2 nyakat aku memanggil nama aku Dato' mentang2 lah jadi anak angkat Dato'. Aku dikira bernasib baik sebab kebanyakan cikgu kenal aku sebab kakak aku dulu sangat pandai selalu dapat no. satu jadi tak langsung ramai cikgu kenal aku. Kenangan lain aku gunakan beg sekolah aku dari darjah 1 hingga darjah 6, tak tukar pun beg itu dan tak pernah minta ayah beli lain. Beg itu adalah hadiah kakak aku dapat waktu dia darjah 6 kalau tak silap aku.
Tak lama selepas itu aku dapat tawaran ke sekolah asrama penuh di Kangar, Perlis. Sekolah tu namanya SM Tuanku Syed Putra, orang Perlis panggil sekolah sains. Waktu tu aku syok tak terkira, mulalah cari alatan sekolah dan pakaian sebab sekolah ni uniformnya lain daripada sekolah biasa. Lepas saja abis shopping aku dapat pula tawaran kedua iaitu MRSM di Kelantan. Ayah aku buat keputusan aku bersekolah saja kat SM Tuanku Syed Putra sebab dekat sikit lebih kurang 45 minit perjalanan naik motor kapcai ayah aku. Lagipun ayah aku dah perabis duit beli barang-barang aku...mana nak cari duit lagi.